Pages

Tuesday, April 10, 2012

kejadian itu

kejadian tu hari ahad on the way balik kl dari segamat singgah R&R seremban untuk solat, dalam surau pun boleh kena ragut beg tangan woi. anak duduk sebelah mak yang tengah solat. datang sorg perempuan cakap kat budak tu..
"adik, tengok mama solat kejap."
terus die ambik beg tu bawak lari. lepas solat, mak tanya kenapa adik duduk dekat pintu. dia pon jawab la..
"orang tu bawak lari beg tangan mak"
tak memasal pulak budak tu kena marah dengan mak dia. budak sekolah rendah. kesian sampai kena pukul. *bukan salah dia makcik*. budak tu tak perasan langsung..yang dia tau bila perempuan tu dah blah, dia tengok beg mak dia takde. tapi yela kan, org malaysia ni baik2 belaka..semua hulurkan bantuan, mama aku offer guna handphone dia utk perempuan tu call polis. yang hulurkn telinga untuk dengar cerita pon ramai jugak. kesian pun ada makcik tu. bila buat report kat PLUS diorg cakap minggu tu je da 3 kes dha. orang tgh ramai, nak carik pun mana dapat..kira halal jelah..mmg rezeki pencurik tu..

masa kejadian tu aku dalam toilet, tiba2 pulak ayah call cakap jaga barang2 korg..ada orang hilang beg kena curik. aku pon tak reti nak klasifikasi tu ragut ke, curik ke, rompak ke. curik la kot..

masa cousin + makcik aku tengah solat, semua suruh aku pegang..*cuak time tu* tapi aku rasa pencurik tu tak kan datang time org tengah kecoh2 macam tu..tapi aku takut jugak. besilang2 beg kat badan aku masa tu. kalau dia pukau aku keluar bawak semua beg2 tu tak ke naya. nganga jela semua nanti.

kitorg memang jarang bawak beg masuk surau, sebabnya mama pernah kena macam tu jugak sebelum ni, tapi kat R&R Tapah. memang bahaya..yang kes makcik tadi tu org tengah ramai, mungkin org tak perasan..tapi kes mama aku ni org tak ramai. masa mama + adik + maklong aku masuk surau tu, ada sorg perempuan duduk kat tepi gaya macam tgh tunggu seseorang. mama + adik + maklong pun macam biasa lah nk ambik wuduk tinggalkan la semua dalam satu beg *beg mama la* lepas ambik wuduk je, semua pelik sbb beg tu dah takde. felik3..bila tanya semua, diorg cakap ada nampak perempuan jalan keluar ikut pintu sebelah sana. *sebelah mana pun aku tak pasti la* terus buat report. rupa2nya dah banyak kejadian macam tu jadi kat situ. tapi nak buat macam mana, benda dah jadi. yang susahnya time tu kunci kereta kat dalam beg mama. kena la patah balik ambik kunci, tapi tak mematahkan semangat diorg utk bercuti kat langkawi. haha..kaya pencurik tu, tiga2 orang baru beli handphone..maklong aku pulak suka bukak barang kemas dia sebelum wuduk. last2 semua shopping barang yg hilang kat langkawi. ngahaha..

so, pada kaum2 hawa sekalian..bila solat tempat awam tu jangan la bawak beg, simpan dalam bonet kereta lagi bagus. kalau ada siapa2 yg boleh pegangkan, suruh la. dari bawak masuk surau kat R&R tu, bahaya. untuk kaum adam jugak pesan la kat adik beradik, isteri dan anak-anak perempuan korg..just berjaga2 la..

p/s : ada lori ada bas, esok-esok ada lagi yang kena kebas

2 comments:

Amira Ramizan said...

eh, tu bkn blk kg la.
kite g gunung irau time tuuu..

hudadida said...

Amira Ramizan :
oh ye eh? ala lupe dah..
tapi yang akak ingat kejadian tu time raya..kalau tak silap la..