Pages

Monday, October 31, 2011

mask rider [part 2]

ok, disebabkan ade orang tanya aku pasal mask untuk entri sebelum ni dan die cakap tak berapa faham. aku agak die tak faham macam ape yang aku terangkan agaknye la kan. kepada siapa yang faham tu syabas laa. 1stly mari tengok gamba kat bawah ni.

ok, ini mask bahagian luar. maksudnya kita pakai letaknye kat sebelah luar. then, macam mana nak identify?

1. cuba tengok sisi/tepi getah yang di lekatkan tu. tak nampak kan getah tu kat bahagian ni kan?
 2. kedua, tengok kat bahagian atas dan bawah mask tu. kalau mask tu berwarna, senang la nak tengok dan bezakan bahagian dalam atau luar. nampak tak? nampak x?

 
3. satu lagi cara nak bezakan, tengok gambar kat bawah ni. dekat bahagian atas dan bawah tu, ade macam kain lebihan yang di lipat. so, itula bahagian luar.


gambar kat bawah ni bahagian dalam, yg mulut kita cium2 tu. nampak buruk sikit kn? tapi buruk tu la yang elok, huhu.



haha..nak jugak menyelit gambar aku kan? hihi. camwhore sungguh, dengan mask pun jadik.ngeh3. okey, harap penerangan aku jelas dan korg tak confuse lagi macam mana nak pakai mask ni. hehe.

p/s : agak2 mask rider penah tak pakai mask nih..hihih~ =P

Monday, October 24, 2011

mask rider

oh! oh! oh! oh! ppareul saranghae~ hoho bukan2 tu lagu korea, hehe tajuk gempak kan. sebenarnye kepala pening. bau cat yang memenuhi ruang pejabat ini. oh tidak. sebelum keluar lunch tadi da mengata bos..
"sepatutnya bos provide kita mask tu" kawan2 pun back up setuju.

balik dari makan dengan kekenyangan, bau cat makin kuat pulak. hadui la. ape nak buat ni? tak kan nak tutup mulut guna tangan sepanjang masa, tak habis kerja aku nanti. ting!! ting!! atas kepala ade mentol menyala.

pashmina jadik mangsa. dapat idea ini mula2 tapi..tak kan nk pegang?

hah! belit macam ni. hamik kau. tak bernafas aku. rimas (-_-)!~

akhirnya. hehe ade jugak mask kat 1st aid tu. tak tau siapa yang beli. 
yang aku tau dah ade dalam pejabat, aku guna la. (^_^)

eh, tapi kan. nak bagi tau kat korang. jangan tersalah pakai face mask ni ye. sebab bahagian yang sepatutnya berada diluar adelah yang tak cantik tu. bahagian yang berwarna. yang warna putih tu untuk mulut kita cium. hehe. yang aku tau face mask ade macam2 warna, putih, biru, hijau. kalau yang ade warna tu senang la nak tengok kn? kalau yang takde warna, eh salah..kalau yang warna putih tu cuba tengok dekat mask tu.

 nmpk x line putih kat bhgian atas dan bwh mask ni. macam tula nak identify. =]~
haaaa..macam ni ok. =]~

p/s : bos da balik..yehuuuu~~ saye pon nk balik huhu~

Sunday, October 23, 2011

idaman


siapa nak belikan aku beg ni. sila komen entri ni ok.
confirm tak ade sorang pon komen haha. =P~

Saturday, October 22, 2011

quick update kot.

aaa..i am crazy about bag lately..nak cari yang besar boleh muat semua tapi yang kecik pun cantik jugak tapi dah beli pun satu beg ni.tapi tak memuaskan. inila risiko beli online sebab beg tu dari china, salah aku la sebab tak tanya dulu tapi..salah orang tu jugak sebab bagi barang yang indah khabar dari rupa. tapi dalam kes ni indah gambar dari rupa. perhatikan gambar kat bawah ni..


ini yang di iklankan.


ini yang aku dapat.

ok aku takla marah sangat tapi upset la, sebab tengok dalam gamba lain tapi bagi lain. aku tak kisah dari china ke, korea ke, italy ke..asalkan gamba tu actual la. dia tak cakap pun yang gamba tu lain. tapi nasib baik amoi tu baik, bila aku cakap aku tak puas hati dgn kualiti dia refund balik rm10..huhu berbaloi jugak kn? jadi pengguna2 di luar sana, voice out! =P~

oh, minggu depan deepavali, lucky aku tak duduk rumah mama sekarang sebab for sure la deepavali akan menyesakkan jalan kat area batu caves tu. memang kami tak pernah keluar la bila tiba perayaan mereka2 tu. sesak bangat..dan cerita pasal cuti ni, last monday aku cuti, tengok adik aku convo kat unisel. sangat la mencabar dengan panasnye, laparnye sebab tak sempat makan, dan yang paling sedih aku duduk kat luar sorg2 walopun ade ramai yang datang. bukan aku kenal pon kan. ape pun tahniah Amira Ramizan. =]~

ini da bosan sangat da ni sampai da takde gamba lain nak capture.

dengan mama dan ayah. *bunga ade angry bird ok* huhu 


nox, kwn dia.

alhamdulillah, selesai pon convo die. tunggu sampai setahun lebih. apeda unisel. hurm. haih, laparnye..teringat makan pasta semalam, kat borneo rainforest cafe, sunway..yang tiara jaquelina punye tu..

fettuccine carbonara, nampak sedap kan? memang sedap.

p/s : sedap tapi mahal. berbaloi la kot.

Friday, October 14, 2011

ingin kulit muka cantik, gebu dan menawan?

hai, entri kali ni aku nak kongsi dengan korg semua. nak tak korg bangun pagi2 dengan muka yang segar-bugar, tegang dan sihat? sure nak kan? tipu la kalau ada yang cakap, "i tak kisah, nyah" mak kisah nyah oooi~ haha. ye memang ade yang tak kisah. aku dulu pun tak kisah jugak, tapi lama2 jadi kisah bila tengok kulit muka orang lain cantik macam anak dara. walaupun aku sendiri anak dara tapi tak secantik mereka. ok, saya mahu juga.

tiba2 ex-housemate aku syorkan aku, facial mask. yang aku suka, facial mask ni ade macam2 jenis. bukan untuk dimakan ye, untuk di tepek ke muka dan aku sendiri pun dah guna 3 dari jenis2 tu. sangat selesa dan rasa segar je bangun pagi. sebenarnya lepas pakai tu pun boleh rasa perbezaannya. sungguh.


 Yogurt Mask
yogurt berupaya memberi kesan supaya kulit wajah akan menjadi gebu, licin, mengurangkan dan menghilangkan kesan jerawat jika diamalkan.


 Southern France Apricot Mask
aprikot mengandungi vitamin A, B dan C. 
amat baik untuk melembapkan kulit yang kering.


 Bird's Nest Collagen Mask
oh yes. berupaya melicinkan dan memutihkan kulit muka.


Milk Extract Brightening Mask
 susu mempunyai kebaikan untuk kulit muka agar tampak muda.


 Herbal Anti-Acne Mask
tak siapa mahu jerawat kan? memang sesuai untuk menjauhi jerawat. =]


All of them


comel kan packaging dia. ini yang masih tinggal, yang lain dah habis kena tunggu re-stock. =] kalau ade yang berminat boleh tinggalkan komen atau email ke hudadida@gmail.com. oh, lupa postage Rm5.00 tapi kalau terlebih berat Rm6-7 macam tu ye.

p/s : oh, saye nak re-stock untuk diri sendiri pula. (^___^)v