Pages

Thursday, June 30, 2011

syukur, alhamdulillah..

terlalu hebat dugaan kali ni. thanks for those yang bg semangat kat aku, aku hargai sangat2..at least aku tau masih ada lagi insan yang sudi ambil berat masalah orang lain..masalah aku terutamanya la kan. memang kadang2 aku rasa tak adil bila terbeban dengan masalah macam ni, macam jatuh ditimpa tangga. mungkin ade hikmahnya tapi biasa la..bila ditimpa masalah tu mane ade orang cakap “oh bagusnya aku dapat maslah macam ni, bagi lah lagi. sukenye~~” sure takde la kan..cuma pada siapa2 yang ada masalah tu aku nak kongsi kan satu video dari youtube. mungkin korang pernah nampak atau dengar atau jugak tonton tapi aku nak berkongsi sebab aku rasa tenang lepas tengok dan dengar ceramah ustaz Asri. walaupun aku sedih tapi kesedihan tu sikit2 hilang, bukan terus tak fikir masalah tu..cuma aku dapat sedikit kekuatan bila fikir balik apa yang ustaz Asri cakap, Allah sentiasa ada dan semua yang terjadi mungkin yang terbaik untuk aku.

Firman Allah,

Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka kepadanya.

Surah Al-Talaq. 65 : ayat 2 – 3




p/s : syukur alhamdulillah, akan selesai satu masalah.. =]

Tuesday, June 28, 2011

maafkan aku..

hari berganti hari
siang berganti malam
hanya aku tinggal dalam sepi
menanti dia segera kembali

aku tahu kesalahan diri
aku kesal kesilapan sendiri
namun aku hanya insan biasa
tak lepas dari dosa

bukan niat buat kau terluka
tidak terlintas mengabaikan perasaan
cuma aku terlalu bergantung segalanya
terlalu jujur pada kau

cukuplah menghukum aku
cukuplah jiwa aku terseksa
kebisuan kau membunuh senyumku
diam dan terus membisu

maafkan aku..

p/s : =[ sedihnye.

Thursday, June 23, 2011

dua tiga hari ni~


pandanglah aku dengan mata hati
ku rayu padamu peganglah ku biar ku rasa bernyawa

ku ingin rasa ku masih bermakna
telah ku hafal tiap garis di wajahmu
telah ku kenal bahasa tubuhmu
bertambah sukar lagi membiarkan kau resah begini

p/s : mood tenggelam timbul~~

Monday, June 13, 2011

kerjalah iyer


lama sangat tak update blog ni. maaf la, baru kerja kat tempat baru. agak sibuk walaupun drawing tak seberape pun. banyak sebenarnya bende dalam kepala nak dilepaskan dihujung jari ni tapi buat masa sekarang belum ade laptop kat rumah sbb aku sementara ni duduk rumah maklong (kakak mama) jadi hiburan aku hanya tv bersiaran astro dan jugak suara yg keluar dari mulut kami berdua. kah kah kah.

berita baik, bulan depan aku dah pindah murah baru. tapi sewa bilik je ok. jadilah. dapat rumah yang dekat dengan pejabat. walking distance. ada peti sejuk, mesin basuh baju, dapur masak. dekat pulak dengan carrefour yg sekarang buat clearance stock. hebat! dipermudahkan rezeki & urusan. Alhamdulillah.

sedang menunggu laptop ayah (yg kini laptop aku. hikhik) yg aku betulkan sbb rosak tah hapebende kenape aku pon tak tau. lepas ni bole beli BB. BB for Broad band ok. bukan blackberry. haha. kalo ade orang nak bagi ape salahnye kan. hihi. sekian untuk hari ini. ecewah~

p/s : sila periksa dulu barang2 anda sebelum membayar ok.