Pages

Monday, May 30, 2011

Beer Halal???

apa la yang diorg fikir sebenarnya bila adanya Beer Halal ni eh? kerajaan melaysia ni aku tak tau la diorg klasifikasikan non-alcohol tu macam mana tapi bila aku search aku dapat ni..

Low-alcohol beer (also, non-alcoholic beer, small beer, or small ale or near-beer) is beer with very low or no alcohol content. The vast majority of low alcohol beers are lagers, but there are to a lesser extent some ales.

In the United States, beverages containing up to 0.5% alcohol by volume (ABV) can be legally called non-alcoholic according to the Volstead Act.

maksudnya kalau ada alkohol kurang dari 0.5% kira non-alcohol..habis tu, kalau dalam makanan kau ada taik cicak 0.5% kira boleh telan la? tapi itu bukan dlam negara kita..kalau dalam negara kita korg boleh baca kat sini

A non-alcoholic beverage is a beverage that contains less than 0.5% alcohol by volume.[1] Non-alcoholic versions of somealcoholic beverages, such as non-alcoholic beer ("near beer") and cocktails ("mocktails"), are widely available where alcoholic beverages are sold.Sodas, juices, and sparkling cider contain no alcohol, but non-alcoholic beer and non-alcoholic wine undergo an alcohol-removal process that may leave a small amount of alcohol. Because of this, some states have legal restrictions on non-alcoholic beer and wine

yang pastinya, dan yang aku tau, tak kira lah berapa banyak / berapa % kandungan beer yang ada..asal ada je haram la tu..so tak payah la berangan/teringin nak minum beer..buat lari akidah je..

Thursday, May 26, 2011

wangsa maju to subang jaya

Oh! yeah~ teman2 kawan2 and readers..aku da dapat kerja huyehh~

actually for the time being aku kerja kat wangsa maju tapi esok last day..hihik, sebab kerja skrg ni personal assistance bos aku..seronok kerja dengan bos aku tu sebenarnya tapi aku suka kerja drafting..next week start kat subang..suka, gemuruh, ada rama-rama besau dalam perut aku..heheh. wish me luck.

today try buat kek batik @ biskut batik..tengah tunggu kek batik aku sejuk..huuhuhuu~ *ade perasaan tak sabar dan gedik sekarang. ngaaahahaha*


Sunday, May 22, 2011

it's always been my fault..

whatever..whenever or wherever it happen, it's always been my fault..

aku tau, ape je yg aku buat tak kan dapat nak menang hati siapa2. silap aku? ye, aku mengaku memang silap aku. tapi orang lain tak buat silap ke? kena hukum sbb kesilapan lepas. seronok ke?

orang lain buat silap sikit, kau buat silap banyak. so, orang pon susah nak percaya kat kau lagi. walaupun kau buat macam2 untuk menang hati orang lain tetap orang tak nampak. sebab kau memang bersalah dari dulu. buat la baik macam mana pun, tak tak ternampak dek orang lain. mesti kau fikir 'buat apa nak buat baik kalau macam tu' tapi aku tau kau msih percaya buat baik dibalas baik biar pun sebesar kuman. kau dah rasai pun situasi tu. kau kena sabar. memang susah nak please semua orang. ade orang cakap, 'dekat bau taik..jauh bau wangi..' mungkin betul la macam tu.

aku tau kau hanya nak dihargai, kau mungkin sedih sebab apa yg kau buat orang tak nampak, tak ada ucapan terima kasih pun. sbb kau mengharap sangat orang cakap macam tu, sbb tu kau rasa macam tu. kau kena ikhlas, jangan harapkan balasan atas apa yg kau dah buat. selalu la ingat yang Allah selalu bersama kau, Allah akan balas jugak setiap perbuatan baik kau tu. selalu ingat seseorang yg kau sayang pernah cakap 'tak apa, lama2 nanti die nampak dan akan balas budi baik tu' aku tau kau masih ikut cakap dia kan..teruskan..

p/s : kadang2 rasa sedih sampai air mata keluar tiba2..

Thursday, May 5, 2011

GIVEAWAY HAJAR AZMAN

eh! give away lagi? haha kemaruk give away pulak dahh..salahkanku jangan salahkanku. salahkan cikRara, die yg buat aku terjebak dengan give away ni. haha. oleh kerana itu, aku nak tag die awal2. waahaha boleh kan? =P~

tuan punya Give Away (GA) ni namanye Hajar Azman. nak tau hadiah dia ape? let's check it out~
  • Satu beg yang ditaja oleh Misslily Shop untuk seorang
  • Barangan yang ditaja oleh ShawlForYou untuk beberapa orang. *kalau nak tgk boleh klik link tu, hajar pun ada review link tu dalam blog dia*
  • Hadiah hadiah lain akan diberitahu kemudian, kot kot ada lagi orang nak taja. Hehe.
*i love bags and shawls*

hah, siap ade hadiah lain pulak tuh, masyuk. =P hihik. macam best pulak kan? memang best pun. ape yg best? haa itu yg kite tak tau, kalau nak tau..jom la join GA nih..

nice and simple, sila klik banner untuk ke blog beliau. ^__^


cikHajar tak pulak bgtau tarikh luput GA ni, tapi dia ade bgtau tempoh dalam seminggu atau kurang atau lebih, depends pada jumlah yang join. itu memang ayat die ok, tak tipu. =D so sementara masih sempat ni, moh le kite~

hah, lupe la tuh. aku tak tag sorg lagi..Izzaty Ishak ^__^

p/s : seronok kalau nak describe sekali, kalau dua kali beronok2? =P

Wednesday, May 4, 2011

puisi malam ini

malam yang kian sepi
makin dingin dek hujan pagi
tak nampak bintang dilangit tinggi
duduk di ruang tamu sendiri
ada yang bermimpi..?
putera raja dengan strawberi..?
mungkin aku yang mengelamun sendiri
esok akan bertandang malam sekali lagi
semoga cerah, agar hilang luka dihati

p/s : berlari-lari memetik bintang yang tinggi

Sunday, May 1, 2011

nasyid kesukaan zaman kanak-kanak

korg penah tak ada lagu time kecik dulu yg korg igt sampai skrg? dulu aku selalu dengar lagu kat ntv7 tau. hari jumaat ada lagu nasyid. antara lagu yg jadi favorite aku dulu, lagu dari Soutus Sofwa – Ummiku Sayang. aku carik video clip lagu tu tapi yg ni je jumpa. ada satu lg, tapi yg tu org yg buat. yg ni ada lirik skali tapi aku letak jugak lirik utk info..



memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

walaupun ummi letih
mengasuh kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati

aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

bila pulang sekolah
ummi sambut kami
sembahyang sama ummi
alhamdulillah

aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

ummi ku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummi ku sayang kau ibu mithali
semoga ALLAH kan berkati

aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Memancar sang suria
menyinar cahaya nya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang


ok, satu lagi lagu yg aku suka. lagu dari kumpulan Firdaus - Permata Ayah Bonda. ada sentimental value dalam lagu ni. lirik dan melodi dia aku suka sangat.



Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Corus

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Corus

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

corus

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....


ada lagi, ada lagi ^__^ hehe banyak rupanya lagu nasyid yg aku suka. yg ni pulak lagu dari kumpulan Diwani - Subhanallah


Subhanallah Alhamdulillah
Wa La Ilaha Illallah Huwallahu Akbar

Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita semua Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam semesta Alhamdulillah
Maha Suci-Mu ya Allah yang mencurahkan limpah kurnia Subhanallah
Maha Suci-Mu ya Allah terima taubat insan berdosa Subhanallah

Pada Tuhan kita doakan
Diselamatkan dijauhkan dari Neraka
Mudah-mudahan dengan rahmat-Nya
Kita semua ditentukan nikmat di Syurga

Kalamullah jadi panduan
Berilmu beriman kita beramal kerana Tuhan
Rasulullah jadi ikutan
Insya-Allah dunia akhirat kita selamat

Allahu Allah

banyak lagi sebenarnya lagu2 yg aku suka, tapi kumpulan nasyid sekarang tak sama dengan yg dulu. lagu2 nasyid dulu yg masih ok lagi *bagi aku* macam Raihan, Saujana, Hijaz sbb diorg masih kekalkan jenis alat muzik, melodi yg diorg guna. nasyid skrg ni bukan tak bagus tapi yg dulu lebih bagus. ^__^

p/s : teringat revolusi Raihan - Puji-pujian sampai budak kelas aku bangsa cina pun nyanyi lagu tu.