Pages

Friday, April 29, 2011

entri ini tentang diri sendiri


ape yg selalu aku takutkan dah jadi
bila persahabatan dah tak jadi priority
masing2 dah tak kenal diri sendiri
ungkapan maaf dah tak ada erti

masalah kau bukan lagi masalah aku
segala yg baik dah nampak macam hantu
bahasa pun dah tak lagi macam dulu
macam itu ke bila dah tak sebulu?

luahan aku bukan nak tarik simpati
cuma ekspresi apa yg aku lalui
bila kau dan aku tak lagi memahami
pengorbanan aku kau buang ketepi

dulu kita saling berganding bahu
semua masalah kau aku bantu
walau tak selesai aku tetap disitu
sbb aku hargai persahabatan kita yg satu

aku tak pernah berkira ini dan itu
cukup kalau dihargai ape yg pernah aku buat dulu
bila duit jadi dinding disetiap penjuru
semuanya habis berkecai macam tu

aku bukan jenis pentingkan diri
mintak maaf walau bukan salah sendiri
mungkin tersalah kat situ atau kat sini
semoga dapat ape yg sama2 kita cari

p/s : tlg doakan aku dapat kerja cepat ye. thx u.
p/ss : kan bagus kalau aku kaye T_T amin.

Wednesday, April 27, 2011

ubah kelebaran layout blog

salam,

hai all, kita jumpa lagi. semua dah makan? =P haha soalan tipikal. kalau dah makan bagus. kalau belum, pegi makan dulu baru baca entri ni. hehe. ok, kali ni punya entri menjawab soalan rakan blogger aku cikZaty yg mungkin rakan blogger korg jugak *apeda ayat tebalik2 macam kap lam ya nga* aku suka baca blog cikZaty ni, nice n simple. dan ofkos cara beliau berblogging yg buat seseorg tu suka nak baca. betul tak? =]

ok, ni soalan dia..

ha, nampak tak? nampak tak? hehe.

untuk cikZaty, nak buat layout kita nampak lebar tu lebih kurg sama jugak macam tutorial yg lepas background entry/post color. cuma dekat template design tu yg beza..

step 1 :
log in blog korg, dan pastikan korg dalam Dashboard dan klik Design.

step 2 :
bila dah klik Design korg akan dibawa ke Page Element. klik Template Design.

step 3:
bila dah keluar Blogger Template Designer, pilih Adjust Widths. dan akan keluarlah macam gambar kat bawah ni.

korg boleh adjust entire blog dan side bar. dalam kes ni right side bar.
kalau nak undo balik, klik Reset widths to template default.


entire blog tu dari kiri blog ke kanan blog, sidebar hanya untuk sidebar sahaja.
korg boleh drag ke kiri atau kekanan anak panah putih mcm dalam bulatan merah
atau taip angka dalam kotak putih. (max entire blog = 1000px)

step 4 :
kalau dah puas hati, klik APPLY TO BLOG dan tadaaa korg boleh View Blog sekarang! =]

selamat mencuba! ^_^

Saturday, April 23, 2011

background entry/post color

salam,

hai readers..entri kali ni aku nak share cara2 nak set background entri. ok, mostly kalau pilih template yg sedia ada *blogger template* korg akan dapat background (BG) entry transparent atau berwarna. ok, tujuan tutorial ni sebenarnya nak bagi cadangan *kalau kata nak educate kang macam la pandai sangat kan?haha*

ada blogger yg isi entri beliau sangat bernas dan menarik untuk dibaca tapi..bila font color dah lebih kurang color BG, itu agak tidak menyihatkan mata para pembaca. lebih2 lagi yg guna transparent entry BG. kalau BG blog plain takpe, tapi kalau yg bergambar..agak susah pembaca setia korg nak bezakan huruf dengan BG. jadi, aku nak share cara2 nak tukar BG post color..

step 1 :
login dan pastikan korg berada di Dashboard. klik Design.

klik gambar untuk tumbesaran.

2 :
bila dah klik Design korg akan dibawa ke Page Element. klik Template Design.

klik gambar untuk tumbesaran.

step 3 :
bila dah keluar Blogger Template Designer, pilih Advanced.


||ok, bila sampai sini ada dua cara. sbb setiap template berbeza. cara A dan B.||


Cara A (continue dari step 3)

step 4 :
pilih Backgrounds.

step 5 :
pilih Main Background. under Main Background korg boleh pilih color yg sedia ada dalam template macam yg dah dibulatkan dalam kotak merah tu atau boleh pilih sendiri dengan klik kotak hitam yg ada anak panah kecik tu mengikut kesesuaian blog. dalam kes ni background sidebar digabung dengan background entry.

cth : background entry in light purple color berbeza dengan background blog template color.

kalau nak lebih senang pilih je color putih. ^_^

step 6 :
dah puas hati? klik APPLY TO BLOG dan korg boleh View Blog sekarang! =]

klik gambar untuk tumbesaran.


Cara B (continue dari step 3)

step 4 :
pilih Post.

step 5 :
pilih Background Color. under Background Color korg boleh pilih color yg sedia ada dalam template macam yg dah dibulatkan dalam kotak merah tu atau boleh pilih sendiri dengan klik kotak hitam yg ada anak panah kecik tu mengikut kesesuaian blog.

cth : background post in brown color berbeza dengan background blog template color. dalam kes ni sidebar sudah di-set transparent.

sama jugak, kalau nak lebih senang pilih je color putih. ^_^

step 6 :
dah puas hati? klik APPLY TO BLOG dan korg boleh View Blog sekarang! =]

klik gambar untuk tumbesaran.


selamat mencuba! ^_^


p/s : sila tinggalkan pertanyaan jika ada sebarang kemusykilan. =]

Friday, April 22, 2011

Jom Join Give Away Aimi !

ye, mari kita lupakan entri untuk org bodo dibawah. *tp jgn lupa komen =P ngaa iklan entri sendiri, siapa lagi kalau tak kita sendiri kan. haha*

baiklah2..entri kali ni adalah GA ke-2 yg aku nak join. yg dijemput oleh cikTira kita yg comel lote tu..juga dikenali sebagai cikMata. mata dia gojes gitu, auwww...

dan penganjur GA ni adalah cikAimi yg pemurah & baik hati bagi hadiah banyak. seyes banyak hadiah dia. sampai ke-12 pun ada, selalu org buat 1,2,3 je. aku suka! aku suka! =P~

thee hee hee..amboih gedik aku. haha..


cumel tak banner ni?cumel kan. ^_^ klik banner utk ke blog beliau yek.


tadi usha blog cikAimi, hoho..banyak participant wey. gerun gerun. tapi aku tetap tak mengalah. ecewah hehe. yela, tak try mana tau kan. ada rezeki boleh menang. yg ke-4, 11, 12 tu best jugak..tapi kalau dapat grand prize lagi best! ngaahaha..

ok, aku nak tag 2 org iaitu
1. Zura

tarikh luput 30 April ok. come on girls, lets rock!

kau sialkan aku?


apa masalah kau pon aku tak tau.
kau sialkan aku? kalau macam tu kau pun sial jugak la.
sbb kau pun makhluk Allah. ituje.

p/s : kalau bosan tak payah la baca. ada kebodohan disitu.

Monday, April 18, 2011

YaNa Yassin 1st Giveaway

salam,

rasa dah lama tak jenguk, eh bukan. jenguk je hari2 tapi jenguk baca komen kat kotak jerit jela. balas surat peminat, eh! sekarg mana main surat dah..balas email peminat, balas twitter peminat, balas BBM peminat.. *bluekkk, ye2 aku tau korg nak muntah kan?* haha..adake peminat? =P

tee hee hee..

sebenarnya ni ada Give Away (GA) daripada Yana Yassin, her 1st GA..dan aku punya 1st GA participation, cikRara yg kiut tu yg invite aku. dah lama jugak cik rara invite. tadi check tarikh luput..masih sempat *nasib baik, kang majuk pulak cik rara kang* ngaaaaaaa~ ampun cik rara..



haaa..ini la banner cute cik yana yassin tu. hehe sila klik banner untuk ke blog beliau ok.


hadiah yg cik yana nak bagi tu yg buat aku teruja..

1 - Color Contact Lens
2 - 10psc Foot Detox.
3 - Topup - RM 10
4 - Topup - RM 5

aku suka dan teruja! dengan hadiah pertama tu, sbb tak pernah pakai. adik2 dengan mak aku pakai contact lens..hari2 dok tengok je diorg tepek lens tu kat mata..hehe

ok, skrg nak aku nak tag 3 org sbb tu salah satu syarat give away ni..


eh lupa nak btau, tarikh tutup GA ni 30 April 2011. so, hurry up girls! =D~

Tuesday, April 12, 2011

info : botol susu bayi

aku tengok WHI pagi semalam, rakan blogger Fifa'z Bakery masuk WHI u~ tanhiah2..comel je apam polka dot dia tau, cik fifa pon comel jugak walaupun sikit nervous. kalau korg rasa berminat dan suka kan cupcakes boleh la singgah ke blog beliau.

tapi aku nak cerita pasal topik yang agak serius kali ni dan aku rasa ibu2 kat luar sana semestinya risau gila kalau tengok atau terbaca apa2 yg berkaitan dengan anak2 betul tak? walaupun aku belum kahwin tapi pengalaman besarkan budak tu ada..yela, cucu sulung. kalau nak tuka lampin, buat susu, tidurkan baby tu boleh la kan..ok berbalik pada topik kita tadi. sebelum ni mesti korg dah pernah tengok iklan susu anmum pasal kandungan gula. boleh klik SemakGula untuk semak kandungan gula anak2 korg ye. semalam dalam WHI pulak keluar topik tentang botol susu baby. kandungan BPA bisphenol-A yg dapat membahayakan kesihatan dan fungsi otak. untuk ibu2 yg risau kenapa tempoh pengharaman tu terlalu lama, itu kerana pihak yg berkenaan nak ambik masa untuk educate atau bagi kesedaran pada semua yg berada di dalam dan luar bandar. dalam tempoh tu, bagi ibu2 yg dah tau tentang info ni diharap boleh berkongsi dengan ibu2 yg lain diluar sana. kat bawah ni aku kongsikan sedikit info.

beza jenis botol susu policarbonate yg diharamkan (kanan) dengan polypropylene


INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA’ pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other’
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

Maksud simbol-simbol yang pada produk plastik:

1-PETE1. PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa dipakai untuk botol plastik yang jernih/transparan/tembus pandang seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman yg lain. Botol2 dengan bahan 1 dan 2 direkomenkan hanya untuk sekali pakai. Jangan pakai untuk air suam dan panas. Buang botol yang sudah lama atau rosak.

2-HDPE2. HDPE (high density polyethylene) biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu. Sama seperti 1 PET, 2 juga direkomendasikan hanya untuk sekali pemakaian.


3-V3. V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah plastik yang paling sulit di daur ulang. Plastik ini boleh ditemukan pada plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Kandungan dari PVC yaitu DEHA yang terdapat pada plastik pembungkus senang bocor dan masuk ke makanan berminyak bila dipanaskan. PVC berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.

4-LDPE4. LDPE (low density polyethylene) biasa dipakai untuk tempat makanan dan botol-botol yang lembik. Barang-barang dengan kod 4 dapat di daur ulang dan baik untuk barang-barang yang memerlukan fleksibilitas tetapi kuat. Barang dengan 4 boleh dikira, tidak dapat di hancurkan tetapi masih baik untuk bekas makanan.

5-PP5. PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk yang berhubungan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untuk bayi. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih atau keputih-putihan. Cari simbol ini bila membeli barang berbahan plastik.

6-PS6. PS (polystyrene) biasa dipakai sebagai bahan bekas makanan styrofoam, bekas minum sekali pakai, dll. Bahan Polystyrene bisa mengeluarkankan bahan styrine ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem syaraf. Selain bekas makanan, styrine juga boleh didapati dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. banyak negara antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU) sudah melarang pemakaian bekas makanan yg mengandungi styrofoam.

7-other7. Other (biasanya polycarbonate) bisa didapatkan di tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga. Polycarbonate boleh mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang boleh merosakkan sistem hormon. Hindari bahan plastik Polycarbonate.


Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
- steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
- jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
- elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
- sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan
  • Tips:
    1. cegah penggunaan botol susu bayi dan berbahan polycarbonate, pilih dan gunakan botol susu bayi berbahan kaca, polyethylene, atau polypropylene. Gunakanlah cawan bayi berbahan stainless steel, polypropylene, atau polyethylene.
    2. jika penggunaan plastik berbahan polycarbonate tidak dapat dicegah, janganlah menyimpan air minum ataupun makanan dalam keadaan panas.
    3. hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minum. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (kod 1) dan HDPE (kod 2), tidak dapat dicegah, gunakanlah hanya sekali pakai dan segera dihabiskan kerana semakin lama ia diguna kadar antimoni trioksida terus meningkat dari masa ke semasa. Bahan alternatif yang dapat digunakan adalah botol stainless steel atau kaca.
    4. cegahlah memanaskan makanan yang dikemas dalam plastik khususnya pada microwave oven, yang boleh mengakibatkan zat kimia yang terdapat pada plastik tersebut terlepas dan bereaksi dengan makanan lebih cepat. Hal ini boleh terjadi bila bekas plastik digunakan untuk mengisi makanan berminyak atau berlemak.
    5. bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plastik pembungkus ketika akan dipanaskan di microwave oven.
    6. cuba gunakan bekas yg diperbuat dprd kain untuk membawa sayuran, makanan dan gunakanlah bekas berbahan stainless steel atau kaca untuk menyimpan makanan atau minuman
    7. cegah penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunakanlah alat makan berbahan stainless steel, kaca, keramik, dan kayu.
    8. terapkan, sebarkan dan setiap orang di rumah, tempat kerja, sekolah, kampus, dan di manapun untuk mengetahui informasi ini dan digunakan dalam kehidupan seharian.


    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

    Saturday, April 9, 2011

    twitter profile widget for side blog

    okey, entry kali ni memenuhi permintaan rakan blogger. ok cik rara..agak susah nak terangkan kat shout box, jadi kita buat tutorial kat sini ok. da bersedia..mari kita mulakan..=]


    step 1 :

    login / daftar masuk ke dalam account twitter anda..



    step 2 :

    klik setting dibawah nama account twitter anda..


    step 3 :

    klik Profile untuk melihat profile account twitter anda..anda akan dapati di option WEB setting anda akan tertera perkataan yg bewarna biru di dalam kurungan seperti
    >> (You can also add Twitter to your site here) <~~~ sila klik,
    bukan disini ok, dalam web anda.


    step 4 :

    maka akan keluarlah About Resources. ada beberepa pilihan dan cara untuk anda pamerkan twitter anda di blog/web. oleh kerana kita memang nak letak widget, jadi pilih Widgets dan klik see all widgets.



    step 5 :

    anda akan diberi pilihan samada widget untuk website/facebook. jadi untuk blog, anda klik My Website..kemudian pilih Profile Widget untuk mendapatkan hasil seperti yg terdapat di side blog saya.



    step 6 :

    akhir sekali, anda boleh customize profile anda untuk dapatkan warna yg bersesuaian dengan blog anda.



    harap tutorial ni boleh bantu cik rara ye..ape lagi, jom.

    SELAMAT MENCUBA!!! =]~~


    p/s : sori lambat cik rara.. =]~

    Friday, April 8, 2011

    award for 100th follower

    hoyeh3~~ hari ni godek2 blog dan tiba2 hati jadi bunga2 so flowery,
    baru ternampak follower aku sekarg dah mencecah 103..
    alhamdulillah, siapa taknak ada ramai follower kan?

    hohoho...trimas3..vanekem3..tocey3..thxYou3.. =D


    oleh kerana itu..ada hadiah untuk 100th follower aku, tenenet teneeett~~~~

    cikyuz, sudilah trima award ini dari saya..

    followers yg lain pon ada, jangan merajuk dulu..aku tak hampakan korg,
    aku ada award jugak sbb korg sudi dan setia jadi follower aku selama ni..
    so trima lah award kat bawah ni~~

    jangan serik untuk komen dan share apa2 kat sini ok =D~~

    p/s : juta trimas untuk korg semua..=]

    Thursday, April 7, 2011

    Maaf! maaf! maaf!

    korang mungkin tau maha raja lawak dah start sekarg ni kan..aku tetap suka Nabil, haha. sebab apa? sebab die bessss~ *iklan kenape saye suke rumah saye =P* tapi Balas pun ok jugak la..mengaripap eh? bahaha..siot jek =D jom layan lawak nabil..

    sepah Vs madu

    pernah dihakimi tanpa usul periksa?aku rasa ramai kot. mungkin dengan cara yang sakit atau secara tak sengaja, atau dengan cara yang paling sopan.

    habis madu sepah dibuang, habis manis hampas dibuang..memang kita tak boleh nak puaskan hati semua orang, tapi jangan la sampai orang lain jadi mangsa keadaan tanpa ada usul periksa..itu lebih tidak memuaskan hati..kan? betul tak?bila susah ditagih, dah senang dibuang macam tisu jamban..takda ada apa2 kata, takda sebarang notis, keputusan dibuat hanya berdasarkan sebelah pihak..adil ka macam tu?


    kadang2 kita rasa apa yg kita buat tu betul, kadang2 apa yg kita buat tu memang betul tapi kita rasa takut dan bersalah nak buat..rasanya takda susah mana pun nak cakap atau bgtau pada org yg kita anggap kawan selain dari bgtau dia "kau lebih tau" damn..ingat boleh baca fikiran org ke?baik tak payah cakap kalau macam tu..

    sekurang2nya ingat la jasa baik dia bila nk buat macam tu, bak kata Amyzing Lorosiji @ teratai..
    "when you want to be honored by others, you learn to honor them first"

    Allah tu maha adil, kesalahan yg diada2kan lama2 tentu org akan tau jugak. masa tu terserah pada semua nak judge macam mana pulak kan..

    p/s : what goes around comes around babe~~ *perasan tak bahasa aku sekarg agak formal? =D*