Pages

Friday, December 23, 2011

office end year dinner @ farewell party ida

sibuk pulak sekarang ni. tapi dah end of year, dah kurang kerja sikit. kalau tak, macam nak mati. ok, tipu. takdelah sampai nak mati tapi tak cukup tidur. aku jenis orang yang akan pening kepala kalau tak cukup tidur, mata akan jadi hitam~ tapi aku recover cepat pulak lingkaran hitam tu walaupun aku masih penat dan mengantuk. jadi orang tak akan nampak aku sebagai orang yang penat/mengantuk/letih sebaliknya sebagai orang akan nampak aku 

"wah, dia ni boleh tahan jugak ye kerja tidur lewat pun masih gagah dan bersemangat lagi buat kerja harini" tekanan aku kat situ ok. 

kadang2 tu aku akan angguk2 depan monitor dan geleng2 cover line. haha. yang paling best aku duduk depan bos, bukan menghadap bos ok. bos yang menghadap belakang aku =D~ so, apa yang aku tengok kat monitor sure la bos boleh nampak kan. tak boleh nak berjoyah skit. hehe bak kate colleague aku. berboya2..haha..


yang penting aku cuti jumaat depan sampai selasa..yihhoooo~ itu pun bos siap tanya,


"30hb? tak ada deliverable ke? you tanya diorg, need someone to sign take over your work masa you cuti. ke diorg dah keluar lunch? ok, lepas lunch bagi kat i balik." 


siot kan? aku tak pernah cuti tau. kecuali cuti raya haritu, itu pun 2 hari je kot. hangin satu badan time tu, rasa nak nangis dah. sobs. tapi next week orang dah tak banyak hantar doc dah. eh, client pun nak cuti ler. bos je yang tak nak cuti. eh, apa pulak. harini dia cuti tau, dia kat indonesia petu holiday ngan family sekali. choyy. kalo bos tak release cuti aku, aku cuti jek. =P

ok, this month rasa macam cepat pulak. kebetulan rabu lepas kitorg ada office end year dinner. esoknya lastday for one of our colleague, berhenti sebab nak further master next year. so dinner tu kira macam farewell kitorg untuk dia la. padahal bos yang bayar. haha. sabtu ni, oh esok la kan...dia nak nikah. eh, tunanglah..sebab tak kan nak study abroad sorang2 kan..jadi kena la kahwin awal. 


ha, nila budaknye. yang cakap aku lebih kanak2 ribena dari dia. 
haha. kami sama2 ribena ok. =P


aku ada kawan2 yang sekepala sama2 happy & sedih bila dalam office. thanks to all of you for being such a gud friend to me. bila time gila, kita gila sama2. kalau sorang kena marah, semua pun nak tunjuk emo jugak. haha. kalau stress je, ada yang ceriakan mood. kalau bergosip, memang tak habis cakap sampai balik. haha, tapi itula yang buat kita jadi 'ngam' sama2 kan..happy forever~


 us~


we~


from top left : kin, zla & ida
from bottom left : esther & me


Ida Liyana Mohamad aku wish yang terbaik untuk kau, semoga jadi tunang & bakal isteri yang soleh. hehe, semoga dapat kejar cita2 kau. jangan lupakan kitorang kat sini ye. we will missss u ida~ terutama esther, saranghe ida~

p/s : sedih bila dapat love letter dari ida. aku nangis tau. sobs..tata ida~

credit to pic owner~


Friday, December 9, 2011

rebut keistimewaan jumaat

DRS. KHALIL IDHAM LIM

13 Muharram 1433H. [MOD]

SETIAP minggu kita bertemu hari Jumaat. Hari yang sepatutnya dinanti-nantikan setiap umat Islam agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Hari Jumaat melambangkan keutuhan dan kesepaduan umat Islam. Seluruh umat berhimpun di rumah Allah bagi meraih keredaan dan kerahmatan-Nya.

Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar ‘Saiyyidul ayyam’ terpahat dalam banyak hadis Rasulullah. Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat”. (Hadis riwayat Muslim) Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah menyatakan bahawa antara waktu yang mustajab doa adalah ketika imam duduk di antara dua khutbah. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) Setiap individu Muslim dianjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.

Amalan membaca surah al-Kahfi menyelamatkan daripada fitnah Dajal. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada fitnah Dajal.” (Hadis riwayat Ahmad) Kita dikehendaki bersegera menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu,

jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu’ah ayat 9) Namun, selepas selesai solat Jumaat, umat Islam digalakkan untuk meneruskan aktiviti dan urusan mereka kembali. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah al-Jumu’ah ayat 10) Begitulah keindahan Islam yang diatur dengan sebaik-baiknya mengikut aturan Allah.

Perkara itu dapat difahami menerusi maksud sabda Rasulullah: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim) Walaupun besar ganjaran yang dihamparkan Allah kepada kita pada hari Jumaat, ramai masih alpa beberapa perkara. Terdapat individu Muslim yang sanggup meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan.

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Barang siapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.” (Hadis riwayat Baihaqi) Namun, bagi mereka yang hadir solat Jumaat, pastikan anda menjaga tertib, antaranya berbual ketika khatib membaca khutbah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada teman kamu (dengan perkataan) ‘diam’ sementara imam sedang berkhutbah, maka kamu melakukan laghw (perkara sia-sia).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Mendengar khutbah Jumaat dengan teliti serta mengambil peringatan daripadanya ialah sesuatu yang dituntut. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raf, ayat 204) Hal berkenaan bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya ini adalah umat kamu, umat yang satu. Dan Aku (Allah) adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku (Allah).” (Surah al-Mu’minun ayat 52)

kredit to : hazwaziha.muhammad@ak​ersolutions​.com

Monday, December 5, 2011

retweet

Tuhan tolong lembutkan hati dia untuk terima ku seadanya kerna ku tak sanggup, kerna ku tak mampu hidup tanpa dia di sisi ku 0.0 #liyanaLunia

amin.

Saturday, November 26, 2011

‎9 Jenis Anak Syaitan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin 

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan 

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf 

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah 

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud

 Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim 

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan 

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus 

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini?

p/s : Shaitooonirrojim~

Friday, November 25, 2011

jumaat terakhir

hari ni 25 November 2011 bersamaan 29 Zulhijjah 1432, jumaat terakhir sebelum kita semua melangkah ke tahun hadapan, 1433 Hijrah.

semoga tahun ni membawa kebahagiaan untuk semua, dan semoga tahun hadapan ada banyak lagi kebahagiaan yang menanti untuk kita rasai. semoga Allah beri kekuatan iman dan jiwa yang tinggi, kesihatan yang baik. semoga apa yang kita rancang berjalan dengan lancar. semoga tali persaudaraan semakin erat dan utuh. semoga tiada lagi air mata duka. amin.

selalunya aku ada baca doa untuk doa akhir dan awal tahun. boleh tengok entri aku yang lepas kat SINI

p/s : kuatkan lah hambaMu


Wednesday, November 23, 2011

bola la pulak

selamanya..selamanya..selamanya harimau malaya~ ewaaah~ 

haha sure korang dah tau kan entri kali ni tentang ape?hehe, aku rasa siapa je yang tengok final bola sukan sea hari tu semua mesti ade simtom tegang urat perut, tegang urat leher, peluh pun mesti terlebih merembes kan?ade yang sakit tekak?huhu. tatabahasa mengancam.


tapi ape pun tahniah untuk Harimau Muda Negara, tahniah Ong Kim Swee, pingat emas milik kita, bangga ok bangga. kalau siapa2 yang ade twitter dan follow @KieranHotfm korang sure boleh nampak update terkini die tentang bola, dengan wife @yangazliyang & anak die yang kecik tu, cute jek. aku takde la minat sangat bola ni, tengok game jugak la. tapi since tengok bola kat stadium bukit jalil masa malaysia lawan singapura haritu, semangat lain macam. huhu. tapi sayang malaysia kalah masa tu, dengan singapura yang banyak berlakon. mintak maaf ye warga singapura, pemain bola anda masa tu tak profesional.

ok, berbalik pada tajuk asal kita tentang harimau muda negara. tengok bola haritu baru la aku tau sikit2 nama2 player. sebelum ni aku kenal KFCM je. eheh~ sebab die memang terer la tangkap bola. kagum aku. bab die curang tu aku malas la nak komen. bagi kat korang je =P kalau nak follow twitter die boleh follow @fahmiapexs. aku puji Baddrol bakhtiar main cool jek..tah berapa kali kena tackle tetap maintain. memang layak jadi kapten. Asraruddin Putra pun boleh tahan, Ahmad Fakri Saarani..erm dah ade banyak komen dari orang lain dah.. =D hehe.


semangat~

 malaysian crowd.

disaat kemenangan.

kalau tak posing tak sah la kan, nama pun juara.

tengok jela Meiga..

 with their medals

 segak-segak..team malaysia rocks!

 disaat kekalahan indonesia.

fanatik.

save the ball kfcm!

yeayy! kita menang pingat emas!

p/s : kemain lagi aku komen pasal bola sepak nih. tak pernah dibuat. haha. 

*pada siapa2 yang aku tak kredit untuk gambar mintak maaf ye, anyway thanks for the pictures guys*

Friday, November 18, 2011

lidah oh lidah

renungan di pagi jumaat..
 
Lidah Oh Lidah.
 
"barang siapa yang mmelihara lidahnya, Allah menutup celanya. barang siapa yang menahan kemarahannya, Allah melindungi daripada seksanya. barang siapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima uzurnya. barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka berkatalah yang baik ataupun berdiam saja"

~ riwayat al-Tarmizi



Wednesday, November 9, 2011

fobia

Ablutophobia - Takut mencuci atau mandi
Acarophobia - Takut pada rasa gatal atau serangga yang menyebabkan gatal.
Acerophobia - Takut akan rasa asam.
Achluophobia - Takut akan gelap/kegelapan.
Acousticophobia - Takut akan suara.
Acrophobia - Takut akan ketinggian.
Aerophobia - Takut meneguk, menelan udara,atau material beracun yang ada di udara.
Aeroacrophobia - Takut akan tempat tinggi yang terbuka.
Aeronausiphobia - Takut akan muntah atau mabuk udara.
Agateophobia - Takut akan kegilaan.
Agliophobia - Takut akan rasa sakit.
Agoraphobia - Takut pada tempat terbuka, takut di kerumunan orang, tempat umum seperti pasar. Takut untuk meninggalkan tempat yang aman.
Ailurophobia - Takut pada kucing.(aku suke kucing!)
Alektorophobia - Takut pada ayam.(ni takleh mkn ayam kfc, ayam mc'd haha)
Ambulophobia - Takut berjalan. (ni kalo perempuan ni carik la laki kaye, mintak driver sorg)
Ancraophobia - Takut pada angin. (Anemophobia)
Bufonophobia - Takut pada kodok atau katak
Caligynephobia - Takut pada wanita cantik (harap2 la yang fobia tu hensem)
Chaetophobia - Takut pada rambut. (ni macam mana nak tengok rambut bini ni?lg seksi kot kalau botak..=P)
Clinophobia - Takut untuk tidur. (jadi security guard bagus ni)

ini sebahagian je, hehe..korang fobia ape? boleh cek kat cisdel.com
 

Thursday, November 3, 2011

toxin vs karipap

arrrrrrgghhhh!!!! banyaknye toxin dalam badan! euw euw euw~ tak boleh jadik, kena guna sampai jadik putih nih..


 hasil tangkapan malam tadi.


ini konon nak kate pic of the day..
tapi dah ade pic kat atas nu, kejadahnye pulak kan?
lu pk la sendiri.. karipap 1 = Rm 0.50
baik aku balik makan lempeng cicah kari kat rumah.


p/s : niaga nak untung je..bukan untuk sangat pun, lama2 rugi..

Wednesday, November 2, 2011

aik, kau pun sama jugak?

tak faham aku. dok cakap orang mengata orang lain, tu bagus sangat ke? pedulik la orang nak cakap ape pun. kau kecoh boleh pulak? haha. 2x5=10. 5x2=10. kan same je tu. kau tau ke betul atau salah kenyataan siapa2 pun? huhu..sendiri pun panas hati dengan kenyataan orang lain. kau nak cakap ape?

p/s : paku dulang paku serpih, mengata orang tak habih2..

Tuesday, November 1, 2011

rebutlah keistimewaan 10 hari pertama Zulhijjah

Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu. Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.

Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
 “Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu. Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga” (HR al-Bukhari & Muslim)

Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Apakah amalan-amalan itu?

1. Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
 “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)

2. Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
 “Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

3. Solat `Eidul-Adha

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
 “Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha”

Hadith riwayat Abu Daud: 1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.
 “Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.” - Hadith riwayat Abu Daud: 1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.

4. Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” - Ibn Majah: 3117 dan at-Tirmizi: 1412

Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.

Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.
ALLAHU A`LAM.