Pages

Wednesday, June 30, 2010

tadaaaaaa



Comey tak? bukan hp tu yang comey. 
sticker love heart warna-warni kat blakang hp tu. 
comey kan? 
org kat seblah hp tu pon comey gak kan? =P~


Tuesday, June 29, 2010

un-tick draft

aku baru je bole online semula kat ofis. tu pon sebab aku tuka setting draft untuk publish pada mase suke2. bile dah tak tick mende tu baru ok. tapi yang aku nampak dari observation aku, aku hanya tak bole taip ape2 pada certain pc je. tak paham aku. tapi yang pasti bile dah un-tick draft publish ok pulak. ade ape2 setting yang buat die jadi unavailable kot. i will figure it out later. kalo ade sape2 yang tau tu sile la bgtau eh. tata.

Friday, June 25, 2010

T2o3 Oh T2o3..

masuk harini dah 3 kali aku lambat datang ofis dalam minggu ni. tunggu T2o3 sejam baru ade. gile la. tak kan hari2 lambat macam ni. ok aku lambat jugak sebelum ni. tapi tu mmg aku sendiri yg keluar lambat, so aku takde la kisah sangat sbb sendiri carik pasal. ini pukul 6 pagi aku da tercong0k kat bustop tu. pukul 7 pagi baru ade bas. aku baru je nak buat azam baru bangun awal *azam baru bukan untk tahun baru je ok* macam tak nak bagi aku bangun awal jek. =P haha bole tak pikir macam tu. hihi.*padahal tuhan nak uji samada betul2 nak berAzam baru ke tak* hehe..tapi yg buat aku sakit hati, driver bus tu act macam takde ape2 jek. sakit hati aku. lepas tu, ade makcik yg tunggu bas dengan aku tu bgtau die tanye driver bus tu apsal lambat then kena marah pulak. siap jeling2 makcik tu lagik. esh..bad..bad attitude..ni nak kena komplen aduan rakyat nih..amacam..=D

Saturday, June 19, 2010

melancoly sendiri

tiga pagi jam di laptop ayah. ternyata dua biji mata masih mahu celik, cuma bezanya ditemani cecair yg tidak mahu berhenti meleleh. hiba sangat hati pagi ni. minda berperang dengan perasaan sendiri. mahu melepaskan segala yg terpendam namun berharap agar hati tidak terluka. penyedih ke aku? well i guess yes. melancholy sendirian. sejak ahad lepas, hanya sekali berhubung ditelefon. itu dah cukup menambah kelajuan cecair dari dua biji mata kepunyaan aku mengalir lebih deras. aku tamak. tamak kasih sayang dari orang yg aku sayang. tamak kan perhatian. aku cuma manusia biasa yg selalu cemburu dengan kebahagiaan orang lain. tapi itu hanya perasaan yg tak akan pernah aku luahkan melalui perbuatan. mungkin dapat dilihat oleh insan2 yg rapat dan selalu berada dekat dengan aku. aku cuma mahu dihargai. cuma mahu insan yg aku sayang sedar kewujudan aku disisi mereka.