Pages

Tuesday, January 26, 2010

tahukah anda..?

kalo korg pandai..kat bawah ni daun ape?die bukan sehelai..jugak bukan dua helai..aku pon tak tau nak panggil ape..sebab kalo korg tengok betul2, daun ni rupa die macam bentuk cengkerang tapi versi lembut..aku jumpa daun ni kat parking lot taman saga, ampang.


klik gambar untuk resolusi yg lebih besar.

p/s : aku pon tak tau sebenarnye..=P~ hihik, kalo korg tau btau la yek..bole kongsi dengan readers =D

Monday, January 25, 2010

Tinggal Kenangan

lagu ni dipercayai dicipta oleh Geby penyanyi indonesia yang mati bunuh diri kerana kehilangan kekasihnya yang mati kemalangan. lagu ni jugak dinyanyikan semula oleh Caramel Band dan jugak oleh Saleem yg sekaligus menimbulkan kontrovesi. apepon lagu ni sedap. aku suke versi Caramel Band.

Tinggal Kenangan 

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku


Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
 







p/s : sedih la lagu ni..=[

Sunday, January 24, 2010

('_') (!_!) (-_-)

Aku belum pernah lagi macam tu bile kau perlukan aku. Tiap kali kau ade masalah aku akan cuba jadi pendengar yang baik walopun aku tak bole nak selesaikan. for all this while aku sedaya upaya berusaha cari jalan keluar untuk kau walopun tak jumpa tapi ape yang kau buat sekarang, buat aku rase yang aku hanya mengganggu kau. hanya membebankan kepala otak kau. mungkin kau tengah sibuk dengan kerja tapi aku hanya nak ambik mase sikit untuk kau dengar masalah aku, tolong tenangkan aku dan legakan hati aku. kalo ape yang aku mintak terlalu banyak bagi kau, aku mintak maaf. seriously aku terkilan, bile aku perlukan kau..kau tak bole tenangkan aku. ye mungkin betul cakap kau. aku perlu buat keputusan sendiri. cuma aku fikir, aku hidup kat dunia ni atas ihsan mak ayah aku. aku pernah lukakan hati diorg dan kalo bole aku tak nak pekara tu berulang. kau tau segala2nya. aku hanya manusia biase. aku hanya perlukan seseorang yang bole kongsi kesusahan dan kesenangan aku..

p/s : maafkan aku ( _")

Reddish Contest : Nama Utk Amoi Merah


haluu..hihi..1st time aku join contest via blogging nih..aku dapat dari blog Zura member blogging..tengok die lately asik join contest jek..buat aku pon rase teruja nak join. hehe tuan punya blog yang anjurkan contest ni namenye Zie..jadi cik Zie, aku baru 1st time nak join contest nih..try jek la kan..mane tau ade rezeki..hihi..=P

ini terms & condition die..

1) Buat satu entry ttg contest nih dan tajuk die haruslah berjudul "Reddish Contest : Nama Utk Amoi Merah" dan relinkkan link entry nih blk dlm post entry contest korg

2) Entry tu mesti lah bersertakan salah satu dr gamba Amoi Merah yg ade kat entry Zie tu. so, aku letak je dedua..=P

3) Zie kate TAK PERLU jadi follower die..tapi aku jadik jugak sebab bole tambah kenalan..open to all bloggers asalkan nti willing utk bg your address, name penuh dan fon number utk proses penghantaran hadiah :)

4) Sila tinggalkan link entry contest korg dlm komen box Zie ok. bukan komen box aku. if drop kat komen box yg lain, disqualified terus.



 

                    
click Here to go to Zie's blog


aku ske pic doll ni standing..more cuter..hihi so da fikir2 nak bagi name Red Dalily


ops lupe nak bgtau..Zie cakap due date Reddish Contest ni pada 28 Jan 2010..so sape2 yg nak mencuba tu masih sempat lagi.. =]

Saturday, January 23, 2010

Tips 1 [sumber makanan turunkan berat badan]

tip ni aku ambik dari MW (mingguan wanita)..mungkin ade anta korg yang da bace majalah tu. pada sape2 yang tak bace aku nak kongsi tip ni dengan korg.

untuk pengetahuan korg dalam badan kite ade dua jenis kolesterol. kolesterol jahat atau LDL (Low-density lipoprotein) dan kolesterol baik atau HDL (High-density lipoprotein). tapi rata2 banyak lagi kolesterol jahat dari yang baik, jadi ade tip untuk kawal tahap kolesterol jahat nih.

1. ikan dan omega-3 (minyak ikan la senang cite)
diet ni bole kurgkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kurangkn risiko pengentalan darah sbb die memelihara tekanan darah. kalo nak tau ape pengentalan darah bole click sini. ade beberapa jenis omega-3 seperti Docosahexaenoic acid (DHA) dan Eicosapentaeonoic acid (EPA) yg ade dalam ikan tuna, herring dan mackarel.



            salmon                                                            tuna



 
  
             herring                                                          mackarel


paling sikit doktor sarankan ambik dua sajian ikan yg kaya omega-3 tiap minggu. sbb dengan pengambilan dos minyak ikan yg tinggi terbukti dapat menurunkan tahap kolesterol dalam badan. selain ikan, kite bole jugak dapati lemak baik dari buah avokado, zaitun yg bagus utk jantung dan kurangkan diabetes.


          

            avokado                                                            zaitun




2. kekacang
same macam ikan jugak, ade omega-3 contohnya badam dan kenari. *tapi yg aku tau agak mahal sikit la nak beli diorg dua nih* 1/3 cawan kenari dikatakan bole kurgkan kadar kolesterol jahat sampai 12%. *banyak tuh* bukan hanya menurunkan LDL tapi mempertahankan DHL.



 
             badam                                                              kenari



3. kayu manis (jugak femes dengan panggilan cinnamon)
dengan pengambilan 1/2 sudu teh kayu manis sehari secara rutin dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah bagi pengidap diabetes tahap II. ini jugak terbukti efektif untuk mengurgkan trigliserida, iaitu kolesterol jahat dan kurgkan kadar kolesterol secara keseluruhannya.


                                                                  
                                                            kayu manis


4. oat dan biji-bijian
doktor menyarankan untuk menganbil 2~4 cawan oat atau bijirin setiap hari untuk mendapatkan kesan penurunan kolesterol dari serat larut didalamnya. selain tu, kandungan minyak dalam beras merah juga (bukan serat ok) bole menurunkan kolesterol. kacang dan beras merah bole dicampurkan untuk dapatkan protein lengkap yg rendah lemak tepu. *dah banyak oat dan bijirin kat pasaran skrg. beli jek.*

 

        

                    oat                                                               bijirin & oat


5. Buah dan sayuran
macam yang korg sedia tahu, buah dan sayuran kaya vitamin. juga bole bantu turunkan kadar kolesterol termasuk epal, anggur, jeruk dan aprikot. sayur plak macam bawang putih, ubi jalar, dan jugak kubis. selain bebas kolesterol ia juga kaya serat dan pectin yg efektif menurunkan kolesterol.




      
         buah-buahan                                                          sayuran


p/s: selamat mencuba ;)

Sunday, January 17, 2010

gudbye 2009..hello 2010


 
agak terlambat nak wish hello to 2010..tapi ok je kan..harap tahun ni bole menjana kehidupan yg lebih smpurna..hutang piutang dapat dilangsaikan..hubungan sesama insan dapat dieratkan..untuk kawan2 yg sentiasa ada..trimas..harap msih ada lagi untuk tahun ni..jugak trimas untuk family yg selalu ada didepan mata..harap jugak tahun ni dapat buang segala kenangan yg pahit macam peria tuh..moga2 dapat cekalkan hati untuk tempuh dugaan yg bakal datang..

Saturday, January 16, 2010

sena berbunga lagi

Pagi tadi mase jalan ke bustop aku nampak bunga sena bertaburan kat atas jalan. cantik. terfikir sekejap mase tu bunga sena ni berbunga berape kali setahun. tiba2 je tangan da menaip ayat2 dalam inbox hp..




sena berbunga lagi
aku masih disini
mengharap sesuatu yang tak pasti
mahukan keajaiban terjadi
namun aku berfikir sendiri
adakah ini yang harus aku lalui
cukup sampai disini derita hati
kubuang semua segalanya mati
akan ku mulakan sekali lagi
pencarian hidup tak bertepi

Thursday, January 14, 2010

picture speak more than words




ade gak word dalam pic tuh..bole pakai ke tajuk tu eh..?
tibai jek..memang pic pon kan..janji korg paham suda..

Thursday, January 7, 2010

seiras wajah anak

Suatu petang disebuah 'supermarket' .... Seorang lelaki muda tengah berjalan
dibahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua
yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip.

Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan
tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga
memandangdan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer...sebab dia
ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal,
lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar
barang-barangnya tetapi dipertengahan jalan perempuan tua tadi tuh
cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.

"Maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak
kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi.Makcik bukannya apa,
cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan
lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham
kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.

Timbul rasa kesian di hati lelaki itu. "Oh, begitu ke ceritanya
makcik?maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya
lelaki muda itu."Aaaa....mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak
tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan
keluar
boleh tak anak lambai dan cakap 'babai... mak!!'? Terubat betulrindu makcik
jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada
makcik".

"Oh boleh... takde masalah" katalelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan
semua barang-barangnya kedalam plastik,perempuan tua itu pun berjalan
keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu..
Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung
"Babai,mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati
yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar
barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier
supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh."Eh,
kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pula sampai
seratus lebih ni?" tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata, awak nak
bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah??????? !!!!"....

p/s : esok2 die jumpe org yg seiras dgn wajah suami die plak..=P~

Wednesday, January 6, 2010

hanya mampu merindu

suka sama suka
tapi tak bercinta
rasa sama rasa
tapi tak bersama

kenangan semakin jauh
terkadang menjelma hanya separuh

perasaan ini siapa yang tahu
diri hanya mampu merindu