Pages

Thursday, January 7, 2010

seiras wajah anak

Suatu petang disebuah 'supermarket' .... Seorang lelaki muda tengah berjalan
dibahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua
yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip.

Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan
tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga
memandangdan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer...sebab dia
ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal,
lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar
barang-barangnya tetapi dipertengahan jalan perempuan tua tadi tuh
cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.

"Maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak
kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi.Makcik bukannya apa,
cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan
lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham
kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.

Timbul rasa kesian di hati lelaki itu. "Oh, begitu ke ceritanya
makcik?maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya
lelaki muda itu."Aaaa....mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak
tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan
keluar
boleh tak anak lambai dan cakap 'babai... mak!!'? Terubat betulrindu makcik
jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada
makcik".

"Oh boleh... takde masalah" katalelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan
semua barang-barangnya kedalam plastik,perempuan tua itu pun berjalan
keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu..
Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung
"Babai,mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati
yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar
barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier
supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh."Eh,
kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pula sampai
seratus lebih ni?" tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata, awak nak
bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah??????? !!!!"....

p/s : esok2 die jumpe org yg seiras dgn wajah suami die plak..=P~

5 comments:

Joy said...

hahaha. okay. ni kelakar!

sweet.ants said...

hahahha...
cite btul ke ni?

Zura said...

hhahaha...lawak tullah cite nie...ingat td nk touching sekali bile dh bace abis terus nk gelak guling2...

wanshah said...

adess.. terubat rindu dikalbu. huahuahuaha.. ingatkan betul la cite menyayat hati tadi. kelakar jgk cite nih. huhuhu.. hampes betul..

p/s: jom melawat, follow me n share link di TKSB.
http://wanshah87.blogspot.com

hudadida said...

Joy:
ehehe..kan3..=P

sweet.ants:
hehe cite tpu lah..ekekeke

Zura:
haha tau xpe..
mule2 bce pon agak2 cam cite sdih..
tp kelaka fulak..ehehe

wanshah:
eheh..terBAYAR duit brg dapo..
hekhek..

already follow & link u dude..;)